Sunday, February 6, 2011

Lampu Kalimantang



Tahukah Anda? 
Lampu Kalimantang atau Pendaflour yang digunakan dirumah anda memainkan peranan penting dalam pencahayaan dan kelebihannya, lampu ini warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata, cahaya yang dihasilkannya adalah sejuk ini dapat menjimatkan elektrik dan
tidak meninggalkan bayang hitam...

Ciri-ciri....

Tiub pendarfluor
Ia dihasilkan daripada kaca yang berisi merkuri serta gas argon dan di bahagian dalamnya disalur dengan lapisan fosfor.
Dibahagian kedua-dua hujung tiub terdapat dua pin elektrod . Apabila arus elektrik mengalir melaluinya, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu. Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
Choke/Ballast
Fungsi utama adalah untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
Starter
Starter atau suis penghidup digunakan untuk menghidupkan lampu.
Kapasitor
Kapasitor dalam litar lampu kalimantang adalah alatan tambahan untuk memperbaiki faktor kuasa. Dengan adanya kapasitor, litar ini akan menghalang kewujudan faktor kuasa yang rendah. Tetapi  kebanyakan pengguna masa kini tidak menggunakan kapasitor.

No comments:

Post a Comment