Saturday, March 12, 2011

Lukisan Elektrik

Tahukah Anda? 
Setiap pemasangan pendawaian sama ada baru, tambahan, semula atau sebagainya harus disertakan bersama pelan susun atur, litar skimetik dan sebagainya yang berkaitan, ini bertujuan adalah untuk proses pendaftaran, baik pulih akan datang (maintenance) penambahan dan sebagainya (rujukan).




Sunday, February 13, 2011

Elektrik Dalam Teknologi Tenaga Solar

Tahukah Anda? 
Tenaga solar adalah teknologi dimana untuk mendapatkan tenaga berguna daripada tenaga matahari dan kebanyakan di Malaysia ia digunakan untuk "Pemanasan" air, bangunan serta masakan.)
Tenaga solar digunakan sebagai sumber tenaga yang baru dan mempunyai keistimewaan kerana ia bersih, melindungi alam sekitar serta mengitar semula sumber daripada tenaga tradisional lain yang telah wujud. Tenaga solar telah menjadi sumber tenaga yang hijau dipopularkan di dunia terutana ditanah besar China. Di Malaysiabuat masa ini, perjalanan tenaga suria secara terus masih tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama kerana kadar penghasilan tenaganya adalah rendah.


Sunday, February 6, 2011

Lampu Kalimantang



Tahukah Anda? 
Lampu Kalimantang atau Pendaflour yang digunakan dirumah anda memainkan peranan penting dalam pencahayaan dan kelebihannya, lampu ini warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata, cahaya yang dihasilkannya adalah sejuk ini dapat menjimatkan elektrik dan
tidak meninggalkan bayang hitam...

Ciri-ciri....

Tiub pendarfluor
Ia dihasilkan daripada kaca yang berisi merkuri serta gas argon dan di bahagian dalamnya disalur dengan lapisan fosfor.
Dibahagian kedua-dua hujung tiub terdapat dua pin elektrod . Apabila arus elektrik mengalir melaluinya, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu. Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
Choke/Ballast
Fungsi utama adalah untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.
Starter
Starter atau suis penghidup digunakan untuk menghidupkan lampu.
Kapasitor
Kapasitor dalam litar lampu kalimantang adalah alatan tambahan untuk memperbaiki faktor kuasa. Dengan adanya kapasitor, litar ini akan menghalang kewujudan faktor kuasa yang rendah. Tetapi  kebanyakan pengguna masa kini tidak menggunakan kapasitor.

Friday, January 28, 2011

Selamat datang ke Buletin DaudFormula.com



Selamat Datang Ke Laman Buletin DaudFormula.com, sebarang komen, pendapat dan sokongan anda amat dihargai...Terima Kasih atas sokongan anda! ;)